Hi

Assalamualaikum. 

Hai, maaf sebab tak sempat nk update blog for a long long long time. Aku busy, biasalah busy mencari rezeki. Hari ni ter-TIDO lambat sebab esok aku mintak off. Aku terlalu capek melayan customer kt kedai baju tu. Alhamdulillah aku sihat. Aku harap Ramadhan yang bakal tiba ni membawa barakah yang besar untuk kita semua :) semoga Allah kuatkan hati aku agar sabar melayan kerenah customer di bulan puasa :) Amin InsyaAllah.

UPU?
Mesti korang agak tertanya2 pasal UPU aku, err. Aku GAGAL mendapat tawaran mana2 kursus yang ditawarkan. InsyaAllah aku akan usahakan untuk menyambung pelajaran aku. Aku harap ada hikmah disebalik semua ni. Walaupun pada hari Jumaat kelmarin, aku agak down kerana tidak mendapat apa2 tawaran. Tapi airmata aku mengalir bila abah. mak, boss, pekerja2 andddddddd yang paling penting Afiq dan kawan2 aku keep on bagi aku semangat and keep on telling me ada hikmah di sebalik semua ni. Aku pon mengharap yang sama. Mak kata ni cuma ujian kecil dari Allah untuk menguji aku. Mungkin sebab aku lupakan dia, aku tahu Allah sayangkan aku sebab tu dia bagi aku ujian macam ni kan? If ada apa2 berita about upu nanti aku habaq kat korang k? :*

Disebabkan dh lama tk update blog, aku jadi lost tk tahu nk update apa, hm.. karang jelah update k? aku nk tido, walaaaaaah capek deh.

No comments:

Post a Comment